Posted by: zulmi | January 27, 2010

kejutan~~

~ hidup sebenarnya penuh dengan kejutan. banyak perkara yang berlaku tanpa disangka, tanpa diduga , . adakalanya penuh dengan kegembiraan. dan adakalanya didatangi dengan kekecewaan . jadi, bersedialah menerima setiap kejutan tanpa banyak persoalan~

Posted by: zulmi | January 26, 2010

Hidup bersemangat & bersemangatlah untuk hidup~~

pernah tak kita terfikir apa yang paling kita perlukan untuk meneruskan kehidupan?. ye , kita perlukan makanan untuk hidup ..


tapi apa yang mendorong kita untuk terus hidup~~ BERKATA DARI APA YANG DIRASA penulis, kita memerlukan semangat untuk terus hidup dalam kehidupan yang masih kita tak jelas apakah yang berlaku pada hari esok, lusa dan hari-hari mendatang . tapi, bagaimana apa yang berlaku pada kita hari ini?. adakah semuanya senang dan berjalan sebagaimana yang kita rancangkan. OHH~~ indahnya hidup, jika apa yang kita fikirkan dan mimpikan malam ini dapat kita lakukan dan alami pada hari esok. hidup~~ bukan lah sesuatu yang mudah. banyak dugaan dan kepayahan yang perlu kita hadapi . namun, selepas kita menghadapi setiap dugaan dan rintangan. adakah kesenangan yang kita inginkan dapat kita perolehi . pastinya dalam kesenangan itu juga, masih terdapat kepayahan yang perlu kita lalui.




dalam mengharungi kepayahan dan kesukaran sebuah kehidupan ini, kita memerlukan semangat yang cukup kuat . dalam banyak perkara, kita beranggapan kita tidak punya kemampuan , kebolehan dan kekuatan untuk melakukannya. namun jika kita punya semangat yang kuat dan keazaman yang tinggi .segalanya mungkin mampu kita capai .
semangat~~
semangat lar menguatkan fikiran dan mendorong fizikal untuk membolehkan kita melakukan sesuatu di luar kemampuan kita.




~~HIDUP PERLU BERSEMANGAT~~~

Posted by: zulmi | January 26, 2010

senyum lar~~~~

bertemu kembali untuk entry yang seterusnya..

seorang kawan pernah memberitahu ~~  senyum lah dalam apa jua keadaan yang dihadapi tidak kira sama ada saat kita gembira ataupun saat kita berduka cita .

mungkin kita tertanya2 kenapa waktu sedih pun , kita perlu senyum . sebab kita masih punya teman2 . mungkin kita tak sedar , senyuman yang kita lemparkan itu boleh membuatkan org sekeliling kita turut gembira. kalau kita dikelilingi dengan orang-orang sentiasa bergelak ketawa, kita pasti kan turut merasa gembira dan melupakan seketika masalah yang kita hadapi.

sedarkah kita, dalam dunia ini. kita tidak pernah keseorangan .

waktu kita dalam kesusahan , bersedih dan punya masalah, pandang lah sekeliling kita . pasti ada tangan yang menghulurkan bantuan. jangan kita tutup mata kita dengan masalah yang kita hadapi . mungkin orang itu tidak byk dapat membantu, namun kehadirannya cukup membuatkan kita rasa masih ada orang yang memerlukan kita, menghargai kita dan mengharapkan kita tersenyum ceria~~~ 😉

Posted by: zulmi | January 3, 2010

2010~~ Hepi New Year~~

assalamualaikumm~~


setelah sekian lama meninggalkan blog aku ni.bukan tak nk update~~ tapi line internet kat rumah aku tu cukop menyakitkan hati. slow giler, menyesal aku pakai broadband. tak pasal2 abeh jugak duit aku rm 80. ( ckp rm68 ringgit jerk sbln, time nk byrnye. ade lar charge2 tambahannye. nipu btol celcom nie) ^%^*^&%^*~~~~

~~2010~~

kini aku kembali~~

Tahun baru, semangat yang baru, umor yang baru. sedar tak sedar umur da menginjak 23 . lawa number tu.. hehe. umur diantara remaja dan dewasa. meninggalkan alam remaja dan menjengah alam dewasa. dan sepatutnya begitu lar juga pemikirannya, berfikir lebih matang seperti orang dewasa. kerana pada umur ini, kita lah sendiri y akan membuat keputusan dan menanggung sendiri risiko setiap keputusan yang kita ambil. mungkin orang lain boleh memberi pandangan , pendapat, nasihat dan menpengaruhi keputusan kita. namun , pada akhirnya , kita yang memilih setiap keputusan yang kita ambil. Jadi buat keputusan seperti orang dewasa~~

semoga keazaman dan semangat ini terus berpanjangan~~~

Posted by: zulmi | November 2, 2009

Buat kau Yang Bernama WANITA …..

Untukmu hawa….

Kerana KAU WANITA…


Wahai hawa…

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum  Adam, tiada nilaian di mata Adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat Islam menyelubungi alam, bila sinar Islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan dipandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan di dunia ini melainkan WANITA solehah.

Wahai Hawa..

Kenapa  engkau tidak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya, kenapa masih segan dalam mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai hawa…

Tangan yang mengoncang buaian bias mengoncang dunia, sedarlah Hawa kau bisa menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah. Kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi Hawa, jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang dieksploitasi oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.


mungkinkah masih ada ……..

Hawa…

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai kamu sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa….

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan  susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi meransang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan… takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa….

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya , lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam perhubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.


gambar hiasan …

Oleh itu hawa…

Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLah menyinari dan memenuhi jiwamu,

Biarlah hanya cinta kedua  ibu bapamu yang memberi kehangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu….

Hawa…

Cintai lah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga mneyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa….

Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bias mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

Indah bukan pada zahir, tapi terletak pada tutur, terhampar pada perkerti, terserlah pada santun, tersentuh pada hati. Yang indah itu sukar dicari tanpa menilai dengan mata hati …..



Posted by: zulmi | October 18, 2009

UntukMU iBU.. dan Untuk mereka yang masih punya ibu..

IBU…. Kenapa engkau menangis..

Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya kepada ibunya , “ibu, mengapa ibu menangis? “
Ibunya menjawab ,”sebab, ibu adalah seorang wanita, nak” . “ saya tak mengerti ….” Kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.
“Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti….”
Kemudian itu bertanya pada ayannya, “Ayah, mengapa ibu menangis? Kelihatan ibunya menangis tanpa ada sebab yang jelas?”.
Si ayah menjawab, “semua wanita memang menangis tanpa ada alasan…. hanya itu jawapan yang diberikan oleh ayahnya. Tidak lama kemudian, si anak itu semakin membesar dan menjadi remaja. Namun dia tetap tertanya-tanya, mengapa wanita menangis.
Pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada TUhan, “Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?” Dalam mimpinya , Tuhan menjawab ,”

Saat KUciptakan wanita, AKU membuatnya menjadi sangat utama. KUciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga , bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“KU berikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan anak, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau, seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu. “Kuberikan keperkasaan , yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah berputus asa.

“Pada wanita, KU berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa lelah, tanpa berkeluh-kelah.

“KUberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang kesabaran, untuk mecintai semua anaknya, dalam kondisi apapun dan dalam situasi apapun. Walau tak jarang anak-anaknya itu melukai perasaannya, melukai hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang akan terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“ KUberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit dan dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tidak terkoyak?.

KU berikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertiaan dan menyedarkan , bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri. Sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi,

“ Dan , akhirnya, KU berikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus KUberikan kepada wanita, agar dapat digunakan bila-bila ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan.

Maka, dekatkanlah diri kita pada ibu dan bapa andai mereka masih hidup ……….
kita mungkin tak dapat jaga mereka selama mana mereka menjaga kita. namun, masa yang tertinggal, jaga lah mereka sebaiknya , buatkan lah mereka hidup bahagia dan sudahlah melukai mereka. Kerana kita masih tidak tahu sebanyak mana masa yang kita ada untuk bersama mereka.
beruntung lah kita masih punya ibu dan bapa. Hargai lah mereka selagi kita masih boleh melihat mereka…
Doaku moga aku dan ibu bapaku panjang umur. agar dapat membalas jasa-jasa mereka dan buat teman-teman yang kurang bernasib baik seperti aku , yang sudah ibu dan bapa mereka telah kembali ………..
berdoa lah kita moga mereka bersama golongan orang yang soleh.
ibu bapa tentunya mahukan anak mereka menjadi insan yang berguna dalam erti kata boleh hidup tanpa menyusahkan orang lain , tidak mencuri, tidak menjadi penagih dadah atau seumpamanya.

DAn anak~Anak yang soleh , adalah anak yang selalu mendoakan kebahagiaan ibu bapa tak kira mereka masih hidup atau sudah tiada

Posted by: zulmi | October 15, 2009

Di sini bermula …. …. ….

home Sweet Home …. …….. ……

DI sini lah….
aku belajar berjalan
aku belajar berlari
aku belajar bertutur
aku belajar mengaji
& aku belajar mengenai sebuah kehidupan ……..

Dan bermula disini………
aku terus melangkah mencari mengenai kehidupan dan erti sebuah kehidupan …
berjalan meninggalkan pondok mencari bekalan untuk menempuh kepayahan hidup ….
walau sejauh mana pun kita pergi …
kita akan kembali semula ke tempat kita bermula ..
kerana begitulah pusingan sebuah kehidupan ..

setiap yang bermula pasti ada penghujungnya
sesungguhnya mati itu pasti , mati adalah penamat kehidupan kita didunia ini . walaupun sehebat mana pun kita, walau setinggi mana pun pangkat kita, walau sekaya mana pun kita , semuanya pasti akan mati
Itu lah nasihat ayahanda yang sentiasa tergiang2 di telingaku ………

Posted by: zulmi | October 13, 2009

Assalamualaikum semua…….

zulmi blog ….

ALhamdulillah , akhirnya terbuka juga hati dan tergerak juga jari-jari menekan papan kekunci mencari laman web blog nie. Sesungguhnya niat hati bukan untuk mencari kemasyhuran di alam maya ini. sekadar mahu mencurahkan dan berkongsi pemikiran.
Blog ini merupakan kejayaan padaku sebagai satu langkah untuk terus belajar dan memberi peluang berfikir. memberikan pandangan dan pemikiran dalam bentuk penulisan .
kerana bukan semua kata-kata dapat di luahkan melalui mulut .
semoga blog ini dapat memberikan sesuatu pada semua pengunjung dan tentunya diriku sekali …
Yang baik , hayati dengan mata hati ..
yang buruk , katakan dengan ikhlas dalam usaha memperbaiki diri .
Wassalam …

Entry TIme : 4.00 a.m
EntRY DaTE: 16 Oktober 2009
Currently Listening : ST 12 – Puspa
MooD : HappY =D

Categories